Apa Yang anda Cari

Thursday, 10 November 2011

kisah 1 day


Hari ini, kami menuju ke sungai Congkak walaupun hujan, kami tidak dapat berpatah balik kerana sudah jauh jalan.Banyak cakap tempat itu menakutkan, tetapi kami berazam untuk meneruskannya. Dan bila dah sampai tu kami dapat mandi sekejap je. Sadly, hujan semakin lebat, kami terpaksa berpatah balik sebab ada tanda-tanda nak banjir.  Dalam perjalanan tu, air sudah naik ke paras jalan raya. Tapi disebabkan kami nak balik, kami kena redah jugak. Kami kan bawa dua kereta, Yang satu dah lepas sebab kereta dia tinggi. Kereta yang satu lagi ni rendah membuatkan kereta ini nak termati masa lalu kawasan air tinggi tu. Syukur lah lepas tapi memang mendebarkan betul tadi.

Lepas itu, dalam perjalanan kami singgah makan satay kajang. Rugi tau pergi kajang tapi tak singgah untuk makan. Yes, rasanya betul seperti yang dikata. Sedappp.. Masa makan ni kami semua bincang lah nak pergi mana lagi sebab rancangan kami yang awal ni macam tak terlalu memuaskan sangat sebab cuaca , jadi kami bincang nak pergi cinema yang terdekat di area kajang ni.

Selesai makan kami pergi la cinema tu tapi sedih sekali ya, sebab movie tamil je yang ada d sana. Jadi kami reset balik plan kami, bincang punya bincang, lepastu kami decide pergi ke Pavillion. Lepas bincang tu kami gerak la ke sana.

Masa dalam perjalanan ke pavilion tu, kami tersesat pula disebabkan kawan kami merasa dirinya Terror dalam navigasi jalan kat area tu. Dah la ada roadblock disebelah jalan, kalau la roadblock tu ada dilaluan kami, mesti masalah sebab kawan kami yang seorang ni kehilangan IC . hahaha, habis cuak muka dia.

Dan kami pun sampai ke Pavillion, masa masuk tu semua nak pergi ke washroom. Masing-masing nak melepaskan hajat setelah jauh perjalanan. Guess what guys, kami terserempak dengan pelakon Rebecca Nur Al Islam, Cantik sangat la dia. Betul-betul macam dalam Tv. Mata ni rasa macam taknak bagi lari je. Tapi biasalah manusia, kami ni buat-buat cool, kononnya taknak Nampak batak sangat padahal dalam hati tu admire sangat.

Then, selesai je hajat, kami keluar tapi geng-geng lelaki ni pulak lama betul urusan mereka. Sebab lama menunggu kami pun masuk balik dalam washroom kono-kononnya nak cuci muka la kan. Sambil usha-usha sikit dekat luar. Sekali Nampak yang lelaki ni baru keluar toilet dan semua pretend macam tengah tunggu kami. Mula la kami tengok gelagat dorang dari jauh then bila dorang perasan yang kami tengah perati, mula lah semua gelak.

Tiket wayang yang kami beli Midnight. Sebab itu je ada kalau nak tengok filem shark. Jadi kami pun jalan-jalan dulu la dalam pavilion tu. Nampka kiosk aiskrim so disebabkan kami ramai, semua flavour icecream kami cuba. Yang paling sedap aiskrim honey dew + mango. Sedap sangat walapun harga dia rm17 untuk satu cawan kecil. Tapi atas budi bicara dan tawar menawar, dapat la kami harga rm7. Hahaha.

Bila sudah midnight kami pun masuklah dalam cinema, best juga la cerita dia walaupun cringe sikit sebab semua memang tak dengar cakap, sama macam kami pagi tadi kan. Hahahaha. Lepas habis tu kami pun balik la. Masa dalam kereta, boleh pulak kereta tu taknak start. So kami keluar beramai-ramai dan tolak kereta tu. Bayangkan ko pergi pavilion, mall yang mewah tapi kena tolak kereta at midnight. Merapu betul hidup kami hari ini. Nasib tolak then kereta hidup kalau tidak kami tidur je dekat parking. Ahhahahah, sekianlah cerita kita pada hari ini.

 wayang yg kitorng tengok :
Shark Night 3D Poster

Shark Night 3D (2011)

PG_13  91 min  -  Horror | Thriller   -  2 September 2011 (USA)
4.0
Your rating:
  -/10 
Ratings: 4.0/10 from 4,391 users   Metascore: 22/100
Reviews: 62 user | 113 critic | 15 from Metacritic.com
A weekend at a lake house in the Louisiana Gulf turns into a nightmare for seven vacationers as they are subjected to shark attacks.

Director: 

David R. Ellis

Writers: 

Will Hayes (screenplay)Jesse Studenberg(screenplay)

No comments:

Post a Comment