Apa Yang anda Cari

Thursday, 15 September 2011

Teman


Terdapat banyak tafsiran perkataan 'kawan'.

Kawan boleh jadi kawan sekelas, kawan yang seronok, kawan yang bersedih, kawan yang belajar, kawan yang sedang bercinta, dan banyak lagi. Terpulang kepada setiap individu untuk memilih rakan mereka. Secara peribadi, Chiola percaya kawan adalah seseorang yang boleh membimbing kita, seseorang yang mengambil berat tentang Chiola seperti seorang teman. Chiola tidak pasti sama ada Chiola bersedia untuk menjadi kawan sebagai balasan. Kehidupan memberi kita pelajaran yang berharga dan penting untuk menerima kawan kita seadanya, termasuk kelemahan mereka. Kita harus berusaha untuk memperbaiki apa yang kita boleh dan berharap untuk mencari rakan yang serasi dengan kita. Buat masa ini, Chiola akan fokus untuk memahami diri sendiri sebelum bersedia untuk menjadi kawan baik. ^_^



Kawan itu ada tiga jenis:
  1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya  bermanfaat serta menguntungkan

  1. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan

  1. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

No comments:

Post a Comment